soal jwb puasa
JUL 22, 2009
Muntah Batal Puasa
alijimmm
Seingat saya semasa belajar sekolah dahulu muntah adalah satu perkara yang membatalkan puasa. Bolehkah ustaz huraikan muntah yang macamana yang dikategorikan sebagai membatalkan puasa
terima kasih
JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Jawab:
Memang benar fiqh yg kita belajar di sekolah dulu adalah fiqh spoon feeding (atau fiqh untuk lulus periksa) dan fiqh jenis ini perlu diperbaharui semula dengan lebih sistematis. Manakala fiqh untuk amalan harian sebagai mukallaf (orang dewasa yg dipertanggujawabkan) adalah melalui dalil dan rasional.
Adapun muntah yg membatalkan puasa ialah muntah yg disengajakan. Dalil: HR asyhabu Sunnan dari Abu Hurairah ra," barangsiapa yg terpaksa muntah, tidak wajib qadha'" disahkan oleh alHakim. Fiqh Sunnah
p/s: sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/muntah-batal-puasa.html
japppp....terpaksa muntah, tak wajib qada' maksudnya kena teruskan berpuasa la kan?
actually kan..perkara yg paling membimbangkan sy tentang puasa ini adalah muntah..saya mengalami heartburn yg agak serius dan bloating yg tdk kurang hebat serius jugak di mana pembawakan keduanya boleh mengakibatkan muntah..saya cuba menahan diri untuk tidak muntah tetapi apabila perut rasa tidak selesa di tahap maksimum, usapan lembut di perut akan menyebabkan saya muntah dengan jayanya..adakah itu di kira sebagai muntah dengan sengaja kerana saya tidak mampu mengawal lalu muntah dengan sengaja? w/pon saya golongan yang diharuskan tidak berpuasa dan mendapat pengecualian untuk berpuasa..tetapi sy tdk sanggup berhutang banyak sangat.
p/s/s: en.suami kata, kalu tak puasa jangan makan depan beliau.. :))