14th day puasa~

tahniah kiranya diri ini mampu bertahan sehingga ke maghrib sebab full lagi belom cuti okeh. anyway, hari nih tak pikir langsung nak msk apa sbb en.suami nak berbuka dengan kawan2 beliau dan pn.isteri pulak ada org nak blanje..langsung tak pikir menu apa, sebat je kang...

lately banyak sangat masalah, weekend haruk, weekdays lingkop..semalam ponteng keje, hari nih gagah jgk p keje...tiap2 pagi bangon rase mcm ahad, mulalah terhegeh bersiap2 nak p keje bila sedar diri..

kesian kat nephew aku sebab warded disebabkan demam panas, baru berumur 3 weeks + +..
aiseh...panas lah jgk kalu dah 39 deg kan..paling mendebarkan bila mak bapak nye nak sign surat amek air tulang belakang..huhu...x mo citer lagi...

nak citer siket je lagi, anak buah aku dah sehat, dah start turun ke 37 deg hari nih..harap nya terus baik dan baik..to be warded lagi 5 days depend pada perkembangan kesehatannya..
doakan ye..

Juadah Berbuka~


erm..hari ke-10 dah..
kalu ikotkan jemu jgk weh masak hari2..balik2 lauk tu...eh tak...ada kepelbagaian di situ ye..
hari nih macam nak makan hati lembu goreng kicap..bukan ngidam ye...cuma rasa nak mkn, plan nak p bazaar je..tp en.suami prihatin takut tak berkualiti so he willing to cook...for me?hehe, cayangnye dia..
so menu lain apa eh? nasik, ikan pekasam, sayur campur..roti john..tapi aku rasa kan roti johan, sebab buat kat malaysia nak guna nama mat saleh bagai buat apa..so semalam dekat 2 ketoi makan roti johan, tak layan nasik wooo...semalam tak jadi buat bubur pisang, hari nih nak buat pisang goreng je..sedap jgk kan? wat air panas la..nak makan macam orang2 tua sket haha..

erm...nak cuba lama dah..hari nih nak buat chicken puff..kan dah ada kulit pastry..harap2 berjaya la.. :))


KESAL~

salam ramadhan yang ke-10 hari..
cepatnya masa berlalu~
ingat lagi masa nak masuk bulan puasa..takut sangat tak mampu berpuasa..
mabuk tak ingat kan..pagi2 dah sarapan, kol 10pg mkn lg..kol 12 mkn tgh hari plk..
tak sampai kol 3 mkn lagi..dasat woooo..
sekali tu..mak yong nih dah nak masok 10 hari ye puasa..
tapi kan..tak mkn ubat, lupa je..dah buka puasa nk mkn ubat takut kuar balik..
nak tido lupa jgk..mandi pon lupa kdg2..(hehe)

erm...hari nih kat ofis takde keje..(mcm la hari2 yg lepas sebok keje)..
time rehat lama kan..menjelajah lah ke blog2 masakan yg ada..
dalam dok baca tips2 memasak..ada satu blog nih buat hati tersentuh betul..

ada suatu kejadian nak raya tahun bila tah..aku+mak buat kek..
blom sempat kek tu masak, ada org bukak tudung periuk kukus tu..(kek kukus)..
dan tutup semula tanpa mengelap air peluh pada penutup tu..maka kek kami jadi macam permukaan bulan yang sebenarnya berlubang2 tu..

masa tu frust la..
skang sedih...
sebab orang yg buat tu jauh dari kami sekeluarga..
kami sekeluarga sygkan beliau, tapi beliau tak boleh nk terima kami lagi..
eh, bukan sebab beliau kena marah bukak tudung periuk tu ye..
ini kes hati/perasaan yang tak siapa tahu..

papepon aku doakan hati/perasaan beliau cepat2 pulih dan takde dendam dlm hati,
sempena hari baik bulan baik kami harap dapat dipertemukan lagi..
itu memang harapan kami sekeluarga..

peeewittt~

lemon kat sebelah tu mengiurkan..
nampak kat tesco tadi mula la teraba2 perot..eh besar lemon eh my baby..
nak beli buat air pon tak sampai hati..(emo!)

menu apa ye berbuka hari nih?
en.suami nak makan badak berendam..
baru plan nak buat puff chicken..
alamak, pisang dah kupas, nak tak nak kena buat bubur..
roti hotdog pon nak expire kena buat jgk roti john..inti dah buat semalam..
ha tengok...dalam dok takde idea kan..mcm2 makanan jgk kami sempat buat taw..
hebat kan..x pyh p bazar ramadhan kan..

tu baru pencuci mulut..
lauk pauk- daging salai masak lemak cili api, ayam goreng kunyit+sayur sket..rasa macam nak telur dadar jgk, tp tu optional..ha..nih wajib, ikan pekasam! yuhuuuuuu...~ so telur dadar takyah sebab nak buat roti john, kompem!
haha..nafsu apakah?tidak...kami masak cukop2 utk berbuka dan sahur,,tak prnah bazir makanan dan belum keracunan makanan lagi..

:))

selamat buke!

kisah buang bayi~

apalah yang nak dikesahkan oleh mereka yang bertanggungjawab sedangkan mereka memang tidak mahu langsung bayi tersebut dilahirkan ataupun berniat menjaganya sehingga dewasa..
kerana apa?
kerana mereka dah tewas dengan nafsu mereka..
kerana mereka lupa dosa dan pahala..
kerana mereka tak pernah rindukan syurga..
dan macam2 lagi..

berita ni pon bermusim..
kalau bab buang bayi..hari2 keluar cerita buang bayi..
kalau bab kemalangan..hari2 keluar kemalangan..
sampaila musim sesuatu berita tu habes, barulah ada cerita yang lain pula..

so, semenjak 2 menjak nih, cerita buang bayi masih lagi sensasi di dada2 akhbar dan tajuk berita utama di stesen tv tempatan. teringat akan kata2 seorang teman yang cuba meredakan kemarahan ku terhadap perilaku manusia yang sering tidak bertanggungjawab menbuang bayi2 comel yang tak bersalah tersebut - 'ko ingat sebelom dorang buang bayi2 tersebut, dorang tak cuba gugurkan ke..tah2 dah macam2 ubat dorang makan, nenas+cuka segala..haih..tak tau nak cakap la..dah tak berjaya tu yang lahir2 terus buang tu..'

huish..sanggup eh dorang..binatang memang sayangkan anaknya, sebab mereka tak buat hubungan terlarang..manusia yang buang anak nih..anda sendiri pikir ye..dah tentu melayu, islam, berzina..mengandung anak luar nikah..pastu buang lah kan..konon2 memalukan.. masyaAllah mereka lupa nak malu masa ter'buat' dulu kot..nauzubillah..mintak simpang masyarakat kita makin terjebak dalam lembah hina ini..sedih wooo..yang kafir dah tentu mati jadi kayu api..yang islam tapi berbuat dosa nih, wallahu'alam seksaannya..

semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang beriman dan sentiasa dirahmati..insyaAllah..


MATINYA ORANG2 YANG BERIMAN

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

SEBARKAN PADA YANG LAIN.....

nak di serkap tak sampai hati...


nak tak nak time rehat tadi terlepas jgk ke tesco..atas rasa kasih yg mendalam kepada anak sedara ku yg baru beberapa minggu melihat dunia(tak pasti berapa darjah penglihatannya) terkena pulak mild jaundice, aku pon pergi ke tesco semata2 nak cari halwa kundur..buat ubat jaundice(demam kuning)
memang susah nak cari bila kita panggil lain, orang lain panggil lain..nyaris kena marah beberapa org pekeja tesco especially yang dok kat bahagian timbang dan incharge barang2 kering kat situ..rupenya depa panggil 'strip melon'...heheh..tapi aku tak marah dorang lagi ye..baru timbul je perasaan tu tak sempat nak luahkan pon..

- gambar buah kundur

dalam perjalanan balik pulak..aku dapat idea nak tangkap pencuri kat ofis nih..tapi rasa tak sampai hati..bila kita nak serkap nih..mestila ada unsur2 pengesyakkan di situ..cenggini..sebenarnya dah 2x duit aku hilang kat ofis, one time masa aku berkelah kat pantry ofis, aku tertinggal wallet dalam pantry tu, ofismate pulak pegi letak wallet yang aku tertinggal tu tepi oven atas meja dalam pantry tu jgk(apakah jenis manusia tu ye) instead of bagi kat aku atau letak je kat meja aku dan akhirnya wallet tu hilang bersama2 wang di dalamnya..

this time hilang from a tupperware..(tabung)..dan kau terfikir untuk menangkap pencuri tu dengan menyuruh sesiapa yang mengunakan ofis/keluar masuk ofis secara kerap..atau pon semua staf yg mungkin terlibat secara langsung/tidak langsung..amek cap jari dorg..konon2 pada tupperware tu ada kesan cap jari so dapat la tangkap pencuri tu...hahaha..tapi tak sampai hati la nak buat camtu..(tetibe rase ada noble heart)miahaha..

oh ye..p tesco bukan takat beli halwa kundur ye..berjaya juga beli kulit pastry jenama kawan yang sangat femes di kalangan bloggers masak2..tak lama lagi saya pon jadi bloger masak2 la huhu....

terkejut=rosak mood

selama nih duit yg aku simpan dalam laci, yg tak pernah diketahui jumlahnya, langsung aku tak endahkan. maksudnya, aku tak pernah langsung terlintas nak kunci laci tu sebab tu ofis kami2 sahaja, kalau ada org yg masuk pon, tak sempat lah dorg nak bukak semua laci yg ada, tapi tak terfikir kalu ada yg terbukak laci aku sebagai jackpot orang tu..

haih...bila dah jadi, baru aku terngadah..terkejut aku tengok bekas yang berisi duit selama ni tinggal syiling sahaja. terkejut! memang rosak mood...baru ingat nak p tesco jap beli barang sket. tak jadi weh..terus aku nak tulis kat blog nih...kecuaian yg aku sendiri tak suka. bekas duit nih dah lama, last aku cek bil yg aku beli barang, bulan 6, hujung bulan 6, skang dah bulan 8...dekat 2 bulan la..jadik aku cume nampak bayang2 duit yang ada kat dlm tu je..duit 50 sekeping je, duit 10, duit 5 dan 1 berkeping2 lah jgk..erm...sedih nye...sebab ada pencuri dalam ofis sendiri, dan dalam laci aku pulak tu duit tu hilang, aku harap makbul doa aku berpuasa hari nih, semoga Allah bukakan pintu hati org yg ambil duit tu utk kembalikan ke tempatnya semula..hehe..ada ke org yg dah curi nak kembalikan balik.. :(

perangai aku nih...suka sangat berprasangka baik ngan sesiapa je..tak kira la ko pekeja bawahan ke..sampai la ke pangkat bos, bagi aku memasing cari rezeki yg halal dan tak perlu amek2 harta orang lain..tapi pepatah org2 tua nih memang tepat, rambut sama hitam, hati lain2..kan? kan?

jadik..pengajarannya, jgn percaya org dah lepas nih..sentiasa berhati2 dan jaga barang2 di tempat sendiri supaya org tak ceroboh..

p/s: dlm laci tu ada jgk duit kutipan derma untuk arwah anak one of the staf kitorg, rasa cam nipis je..wallahu'alam, hrp2 dia tak amek jgk, kalu tak aku lah yg berdosa sbb letak dlm laci, tapi tak kunci..ye? :(

week 14th=mabuk yg menjadi2~

tak perasan langsung minggu dah 14 minggu ghupenye..naseb bukak belog nih..erm..bkn apa..dlm keseronakan berpuasa tak sempat lgsg nk berkira2..alhamdulillah setakat nih puasa full tank, cuma hari nih..belom diketahui dan sgt dikhuatiri..bygkan mknnn yg dah masuk keluar semula bersih sebersihnya bahagian dalam perut..dan pagi nih sahur dgn sebotol kecil yakult..kalu tak tahan boleh dimaafkan kan..kan?

dalam bulan puasa nih...aktiviti paling seronok sekali adalah berkejar2 balik kerja untuk memasak..tahniah kepada kami pasangan suami isteri yang tidak berkunjung lagi ke mana2 bazar ramadhan setakat hari ini, pada ramdhan tahun ini....dan kami memang bertungkus dan lumus memasak selama 2 jam yang ada sebelom dapat berehat 2-3 minit sehingga azan maghrib mengambil tempat..seronok cenggitu..tak penat tunggu waktu berbuka..

dan....time bulan puasa nih la nak asah skill..bukan senang dalam dok puasa nak masak segala dan pastikan cukup rasa..tapi alhamdulillah ye..semua masakan menjadi..cuma tak dapat nak buktikan kat sini lagi..belum upload gambar..enset tak canggih..nak guna camera dslr bagai..haih, takpayahla..takpe..yg penting masakan2 tersebut sedap, yuhuuuu~

pengalaman pertama puasa sbg ibu hamil~

alhamdulillah..saya berjaya puasa ye..
seronok rasanya..w/pon pagi2 lagi dah mual2 rasa loya nak muntah segala..tapi akhirnya..selamat berbuka apabila tiba waktunya..harap2 cukopla sebulan penuh tahun nih...aminnnn...

keletihan yang dialami cuma di waktu pagi..sampai petang dah segar pulak..dan hebatnya saya mampu mengupas bawang seterusnya berjaya jgk masak untuk juadah berbuka..owhhh...di waktu berbuka pula nasi adalah tidak lalu untuk di makan makanya saya hanya makan murtabak yang dah terbau-bau sejak beberapa hari lepas..eh..bau je dah berhari-hari(konon2 ngidam)..bukan murtabak tu yang dah berhari-hari ye..

mlmnya pulak..dapat jgk hidupkan terawikh masuk mlm kedua ye..
as the conclusion..'saket pagi' saya dah start flew away...
yuhuuuu~

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.

Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

sumber : http://www.srikasih.co.cc/2010/08/panduan-ibu-hamil-di-bulan-ramadan.html

#soal jwb puasa ke3 :muntah

Hukum muntah semasa puasa

Ketika kecil dahulu, saya ada juga menggosok gigi dan menjolok kerongkong (tekak) sehingga muntah. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Jika sengaja untuk muntah seperti menjolok-jolok jari ke kerongkong lalu muntah, maka batallah puasanya. Sabda Nabi yang bermaksud; “Sesiapa yang termuntah maka tidaklah kena qada (ganti). Dan sesiapa yang berusaha muntah dengan sengaja maka hendaklah qada”.

Jika tidak sengaja seperti mabuk kenderaan, mabuk kapal dan sebagainya maka puasanya tidak batal. Begitu juga jika wanita muntah akibat mabuk hamil, maka puasanya tidak batal.

Soalan 2:

Saya ada membaca buku yang mengatakan salah satu yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga perut. Saya kurang faham bagaimana cara masuk ke rongga perut itu?

Jawapan:

Segala yang masuk secara sengaja ke dalam rongga perut seperti melalui mulut, hidung, telinga dan qubul maka ia akan membatalkan puasa. Walaupun benda itu bukan makanan atau minuman.

Contohnya seperti batu atau tanah, maka puasa tetap dikira batal. Termasuk dalam perkara ini ialah menghisap rokok. Sesungguhnya hisap rokok membatalkan puasa.

Semua jenis rokok adalah membatalkan puasa walaupun rokok daun. Begitu juga dengan cerut. Ada pula budaya Arab yang makin mendapat tempat iaitu menghisap syisya. Ini juga dikira batal.

Begitu juga menelan air gelema. Air gelema tidak sama dengan air liur. Menelan air liur tidak membatalkan puasa, sementara air gelema membatalkan puasa.

Begitu juga perbuatan mengorek ke dalam telinga dan menitiskan ubat melalui telinga.

Ketika wuduk, berkumur-kumur adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun hendaklah berhati-hati agar tidak keterlaluan. Ditakuti ada air yang akan masuk ke dalam perut melalui mulut dan hidung.

sumber :http://www.srikasih.co.cc/2009/08/hukum-muntah-semasa-puasa.html

#soal jwb puasa ke2 :muntah

Postby Guest »

Salam,

Bagaimana jika mabuk laut ketika berpuasa dan hasil dari mabuk laut itu kepeningan yang amat sangat sehingga menyebabkan saya muntah tanpa dapat dikawal adakah puasa saya batal dan wajib diganti?Minta bantu menjawab berdasarkan dalil?

Salam...

Guest


*********************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :

"Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha'" [Hadith Riwayat Abu Daud #2380, Tirmudzi #720].

Imam Ahmad rh menginkari hadith ini dengan alasan bahawa hadith ini tidak terpelihara (ghair mahduz). Imam Bukhari rh mengatakan dia tidak melihat hadith ini kuat dan riwayat2 yang lain juga sanadnya tidak sahih.

Imam Bukhari rh adalah meriwayatkan secara mu'alaq dari Ibn Abbas ra dan Ikrimah ra bahawa :-

"Puasa itu berkenaan dengan apa yang masuk, dan bukan apa yang keluar"

Ibn Baththal memaparkan dari Ibn Abbas ra dan Ibn Mas'ud ra bahawa tidak batal puasa jika muntah secara sengaja atau tidak sengaja. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan yang mengatakan muntah membatalkan puasa tidak sesuai dengan pengertian puasa itu sendiri.

Demikan adalah ringkasan dari buku Fiqh al-Shiyam karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi ha., ms 90-92.

sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/08/muntah-waktu-berpuasa.html

#soal jwb puasa pertama :muntah

soal jwb puasa

JUL 22, 2009
Muntah Batal Puasa
alijimmm

Seingat saya semasa belajar sekolah dahulu muntah adalah satu perkara yang membatalkan puasa. Bolehkah ustaz huraikan muntah yang macamana yang dikategorikan sebagai membatalkan puasa
terima kasih


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Jawab:

Memang benar fiqh yg kita belajar di sekolah dulu adalah fiqh spoon feeding (atau fiqh untuk lulus periksa) dan fiqh jenis ini perlu diperbaharui semula dengan lebih sistematis. Manakala fiqh untuk amalan harian sebagai mukallaf (orang dewasa yg dipertanggujawabkan) adalah melalui dalil dan rasional.

Adapun muntah yg membatalkan puasa ialah muntah yg disengajakan. Dalil: HR asyhabu Sunnan dari Abu Hurairah ra," barangsiapa yg terpaksa muntah, tidak wajib qadha'" disahkan oleh alHakim. Fiqh Sunnah


p/s: sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/muntah-batal-puasa.html

japppp....terpaksa muntah, tak wajib qada' maksudnya kena teruskan berpuasa la kan?

actually kan..perkara yg paling membimbangkan sy tentang puasa ini adalah muntah..saya mengalami heartburn yg agak serius dan bloating yg tdk kurang hebat serius jugak di mana pembawakan keduanya boleh mengakibatkan muntah..saya cuba menahan diri untuk tidak muntah tetapi apabila perut rasa tidak selesa di tahap maksimum, usapan lembut di perut akan menyebabkan saya muntah dengan jayanya..adakah itu di kira sebagai muntah dengan sengaja kerana saya tidak mampu mengawal lalu muntah dengan sengaja? w/pon saya golongan yang diharuskan tidak berpuasa dan mendapat pengecualian untuk berpuasa..tetapi sy tdk sanggup berhutang banyak sangat.

p/s/s: en.suami kata, kalu tak puasa jangan makan depan beliau.. :))

salam ramadhan~

nampaknya..ramai jgk peng'google' yg berjaya meng'google' up page sy berkenaan hal2 puasa ye..this year sy dah tak buat dah entry2 sedemikian..bukan x nak berdakwah, kesempatan tu kurang..mungkin agak terhanyut sedikit tapi sy pasti akan berakit2 semula untuk naik ke tepian.

di bulan ramadhan yang mulia ini..kerja2 di ofis nampaknya byk sekali..tapi sy maseh berkesempatan ye mencuri waktu 'breakfast' untuk menitip beberapa perkara..w/pon tak penting, tapi sy suka...tapi yelah..bukan ada apa pon..so till thennnn...

p/s:mak aiiii..perot sudah maen lagu keroncong..i told my baby that im going to fasting..haih

1st trim..pls go away!

kalu ikot lmp kan..dah almost 14 weeks jd preggy woman..
last 3 weeks scan ckp dah 10 weeks, tp after last week punya scan, ckp br 11 weeks,
means that this week baru 12 weeks..

owh..saya adalah tidak sabar untuk mengakhiri minggu ini kerana kami golongan yang 'saket pagi' ini akan pulih pada minggu ke 13 iaitu di 2nd trimester ye..
pada minggu ini, 'saket pagi' saya adalah sangat menjadi2 sehingga saya tidak mampu menyimpan makanan begitu lama apabila terpaksa mengeluarkannya semula bersama asid pekat dari dlm perot ye..dan tatkala en.suami jadi double 'saket pagi', beliau tidak dapat mengurangkan penderitaan ini.

jadi..dengan bermulanya puasa pada minggu ini, saya berharap dapat berpuasa dan 'saket pagi' saya akan meninggalkan saya.

'dear child, pls tahan lapar sebab mommy nak puasa'.

warm up!

smg sy berjaya mengarut di blog ini lagi..
c ya!
eid ramadhan al-mubarak!