pasti setiap org ada pengalaman tersendiri. hanya orang2 yang berpuasa akan merasai nikmat dan kegembiraan berbuka puasa. terutamanya puasa di bulan ramadhan.
seronok! alahmdulillah, berjaya puasa hari ni. suatu perasaan yg sukar digambarkan dengan kata2.. :) syukur sangat diberi peluang bertemu bulan puasa pada tahun ini. .
walau bagaimana pon, puasa pada tahun ini agak berbeza daripada puasa sebelom ni, bukan berbeza kerana puasa saya di waktu malam dan sebagainya tetapi kerana saya berada diperantauan. oh, sedikit sebanyak sedih dan pilu tetap menyelubungi jiwaku, tp ibadah puasa tetap diteruskan dengan hati yang sangat tawaduk dan terbuka. walaupon tiada org2 tersayang di sisi, saya tetap tabah!
sesuatu yang menarik tentang bulan ramadhan di malaysia yang saya teringat dan tiada di sini ialah 'bazar ramadhan' di mana ianya mampu menggugat nafsu setiap pengunjungnya. malaysia mempunyai bazar ramadhan yang sgt unik, penuh dengan makanan2 yang kebanyakan muncul spesel di bulan ramadhan. dan orang malaysia memang suka makan, dan berlebihan selalunya(ada pengalaman, cuma tahun ni tak berpeluang). nauzubillah.
nampaknya, juadah berbuka harus di sediakan sendiri. terutamanya kuih muih. alhamdullillah, dengan sedikit ilmu yang ada, murtabak saya pasti sesedap murtabak di malaysia. roti john saya pasti lagi sedap dpd roti john dekat bazar ramadhan tu. sirap bandong saya pasti semanis kat malaysia juga.
saya tidak pasti apakah dugaan terbesar yang bakal saya hadapi. yang pasti, 'summer' di sini sedang beralih ke 'autumn', bermakna waktu berpuasa tidaklah selama 19 jam tetapi 16 jam sahaja, dan akan menurun sehingga ke 12 jam di akhir2 ramadhan nanti. oh, saya dah praktis masa summer, puasa sunat di bulan rejab.
till then, selamat meneruskan perjuangan semua.
selamat~