kelebihan terawikh~

MALAM 1:
Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia
baru lahir, dengan lain perkataan dosanya diampunkan Allah.

MALAM 2:
Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapanya
sekiranya kedua mereka orang yang beriman.

MALAM 3:
Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

MALAM 4:
Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Injil, Zabur dan Qur'an.

MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di
Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan
tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

MALAM 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

MALAM 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad
S.A.W.

MALAM 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru
dilahirkan.

MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya
ibadatnya).

MALAM 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

MALAM 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

MALAM 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

MALAM 16:
Allah Subhanahu Wata'ala tuliskan baginya terlepas dari neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

MALAM 18:
Seru Malaikat, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

MALAM 19:
Allah Subhanahu Wata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

MALAM 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

MALAM 23:
Allah Subhanahu Wata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga.

MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

MALAM 28:
Allah Subhanahu Wata'ala akan darjatnya 1000 darjat di akhirat.

MALAM 29:
Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

MALAM 30:
Allah beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini
yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan
mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil, serta minumlah
air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama 'Al-Kauthar'."

salam ramadhan~

Assalamualaikum wbt,
Semoga Ramadhan pada kali ni lebih baik dari yg sebelumya.. dan insyaAllah, moga kita berkesempatan lagi bersua dgn Ramadhan akan datang..
Doa-doa di bulan Ramadhan...
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat...'
Hari Pertama
'Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.'
Hari Kedua
'Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih'
Hari Ketiga
'Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.'
Hari Keempat
'Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku ! kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.'
Hari Kelima
'Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih'
Hari Keenam
'Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.'
Hari Ketujuh
'Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu ! wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.'
Hari Kelapan
'Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.'
Hari Kesembilan
'Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.'
Hari Kesepuluh
'Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.'
Hari Kesebelas
'Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api nerak! a, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan per! tolongan.'
Hari Kedua Belas
'Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.'
Hari Ketiga Belas
'Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.'
Hari Keempat Belas
'Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.'
Hari Kelima Belas
'Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku denga! n taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.'
Hari Keenam Belas
'Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.'
Hari Ketujuh Belas
'Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.'
Hari Kelapan Belas
'Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.'
Hari Kesembilan Belas
'Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bag! i ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.'
Hari Kedua Puluh
'Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.'
Hari Kedua Puluh Satu
'Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.'
Hari Kedua Puluh Dua
'Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.'
Hari Kedua Puluh Tiga
'Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada kea! iban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.'
Hari Kedua Puluh Empat
'Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.'
Hari Kedua Puluh Lima
'Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.'
Hari Kedua Puluh Enam
:'Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.'
Hari Kedua Puluh Tujuh
'Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ub! ahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hap! uskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.'
Hari Kedua Puluh Lapan
'Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.
Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

salam kemerdekaan yg ke-51 buat malaysia~

'Welcome to Independent Day celebration as Malaysia turns 51 this year. The theme for this year " PERPADUAN TERAS KEJAYAAN". Let us together celebrate to fulfill our pride and protect the independent with our heart and soul till end of our life. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
-dipetik dpd myGov public services portal

introduction to the 'livelithe'~

1st of all, thanx for visiting my blog.
im here neither to spoil anybody's mood, nor to lighten as well..
im here when i feel like to pen of my thoughts, to release my colourful day..
to share some experiences, to discuss something and so on.
im chosen the new title not to present the new of me, but a little bit change of mi new mind set.
im here with more hopes, better of tomorrow.

- living: alive rather than dead or inanimate
- broadcast as it happens: broadcast while an event is happening
- in person: appearing, performing, or performed in front of an audience or in person, rather than recorded or filmed
- recorded during performance: recorded while a performance is happening


- flexible and supple: able to move or bend the body lightly and gracefully