Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.

Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

sumber : http://www.srikasih.co.cc/2010/08/panduan-ibu-hamil-di-bulan-ramadan.html

#soal jwb puasa ke3 :muntah

Hukum muntah semasa puasa

Ketika kecil dahulu, saya ada juga menggosok gigi dan menjolok kerongkong (tekak) sehingga muntah. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Jika sengaja untuk muntah seperti menjolok-jolok jari ke kerongkong lalu muntah, maka batallah puasanya. Sabda Nabi yang bermaksud; “Sesiapa yang termuntah maka tidaklah kena qada (ganti). Dan sesiapa yang berusaha muntah dengan sengaja maka hendaklah qada”.

Jika tidak sengaja seperti mabuk kenderaan, mabuk kapal dan sebagainya maka puasanya tidak batal. Begitu juga jika wanita muntah akibat mabuk hamil, maka puasanya tidak batal.

Soalan 2:

Saya ada membaca buku yang mengatakan salah satu yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga perut. Saya kurang faham bagaimana cara masuk ke rongga perut itu?

Jawapan:

Segala yang masuk secara sengaja ke dalam rongga perut seperti melalui mulut, hidung, telinga dan qubul maka ia akan membatalkan puasa. Walaupun benda itu bukan makanan atau minuman.

Contohnya seperti batu atau tanah, maka puasa tetap dikira batal. Termasuk dalam perkara ini ialah menghisap rokok. Sesungguhnya hisap rokok membatalkan puasa.

Semua jenis rokok adalah membatalkan puasa walaupun rokok daun. Begitu juga dengan cerut. Ada pula budaya Arab yang makin mendapat tempat iaitu menghisap syisya. Ini juga dikira batal.

Begitu juga menelan air gelema. Air gelema tidak sama dengan air liur. Menelan air liur tidak membatalkan puasa, sementara air gelema membatalkan puasa.

Begitu juga perbuatan mengorek ke dalam telinga dan menitiskan ubat melalui telinga.

Ketika wuduk, berkumur-kumur adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun hendaklah berhati-hati agar tidak keterlaluan. Ditakuti ada air yang akan masuk ke dalam perut melalui mulut dan hidung.

sumber :http://www.srikasih.co.cc/2009/08/hukum-muntah-semasa-puasa.html

#soal jwb puasa ke2 :muntah

Postby Guest »

Salam,

Bagaimana jika mabuk laut ketika berpuasa dan hasil dari mabuk laut itu kepeningan yang amat sangat sehingga menyebabkan saya muntah tanpa dapat dikawal adakah puasa saya batal dan wajib diganti?Minta bantu menjawab berdasarkan dalil?

Salam...

Guest


*********************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :

"Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha'" [Hadith Riwayat Abu Daud #2380, Tirmudzi #720].

Imam Ahmad rh menginkari hadith ini dengan alasan bahawa hadith ini tidak terpelihara (ghair mahduz). Imam Bukhari rh mengatakan dia tidak melihat hadith ini kuat dan riwayat2 yang lain juga sanadnya tidak sahih.

Imam Bukhari rh adalah meriwayatkan secara mu'alaq dari Ibn Abbas ra dan Ikrimah ra bahawa :-

"Puasa itu berkenaan dengan apa yang masuk, dan bukan apa yang keluar"

Ibn Baththal memaparkan dari Ibn Abbas ra dan Ibn Mas'ud ra bahawa tidak batal puasa jika muntah secara sengaja atau tidak sengaja. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan yang mengatakan muntah membatalkan puasa tidak sesuai dengan pengertian puasa itu sendiri.

Demikan adalah ringkasan dari buku Fiqh al-Shiyam karangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi ha., ms 90-92.

sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/08/muntah-waktu-berpuasa.html

#soal jwb puasa pertama :muntah

soal jwb puasa

JUL 22, 2009
Muntah Batal Puasa
alijimmm

Seingat saya semasa belajar sekolah dahulu muntah adalah satu perkara yang membatalkan puasa. Bolehkah ustaz huraikan muntah yang macamana yang dikategorikan sebagai membatalkan puasa
terima kasih


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Jawab:

Memang benar fiqh yg kita belajar di sekolah dulu adalah fiqh spoon feeding (atau fiqh untuk lulus periksa) dan fiqh jenis ini perlu diperbaharui semula dengan lebih sistematis. Manakala fiqh untuk amalan harian sebagai mukallaf (orang dewasa yg dipertanggujawabkan) adalah melalui dalil dan rasional.

Adapun muntah yg membatalkan puasa ialah muntah yg disengajakan. Dalil: HR asyhabu Sunnan dari Abu Hurairah ra," barangsiapa yg terpaksa muntah, tidak wajib qadha'" disahkan oleh alHakim. Fiqh Sunnah


p/s: sumber : http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/muntah-batal-puasa.html

japppp....terpaksa muntah, tak wajib qada' maksudnya kena teruskan berpuasa la kan?

actually kan..perkara yg paling membimbangkan sy tentang puasa ini adalah muntah..saya mengalami heartburn yg agak serius dan bloating yg tdk kurang hebat serius jugak di mana pembawakan keduanya boleh mengakibatkan muntah..saya cuba menahan diri untuk tidak muntah tetapi apabila perut rasa tidak selesa di tahap maksimum, usapan lembut di perut akan menyebabkan saya muntah dengan jayanya..adakah itu di kira sebagai muntah dengan sengaja kerana saya tidak mampu mengawal lalu muntah dengan sengaja? w/pon saya golongan yang diharuskan tidak berpuasa dan mendapat pengecualian untuk berpuasa..tetapi sy tdk sanggup berhutang banyak sangat.

p/s/s: en.suami kata, kalu tak puasa jangan makan depan beliau.. :))

salam ramadhan~

nampaknya..ramai jgk peng'google' yg berjaya meng'google' up page sy berkenaan hal2 puasa ye..this year sy dah tak buat dah entry2 sedemikian..bukan x nak berdakwah, kesempatan tu kurang..mungkin agak terhanyut sedikit tapi sy pasti akan berakit2 semula untuk naik ke tepian.

di bulan ramadhan yang mulia ini..kerja2 di ofis nampaknya byk sekali..tapi sy maseh berkesempatan ye mencuri waktu 'breakfast' untuk menitip beberapa perkara..w/pon tak penting, tapi sy suka...tapi yelah..bukan ada apa pon..so till thennnn...

p/s:mak aiiii..perot sudah maen lagu keroncong..i told my baby that im going to fasting..haih

1st trim..pls go away!

kalu ikot lmp kan..dah almost 14 weeks jd preggy woman..
last 3 weeks scan ckp dah 10 weeks, tp after last week punya scan, ckp br 11 weeks,
means that this week baru 12 weeks..

owh..saya adalah tidak sabar untuk mengakhiri minggu ini kerana kami golongan yang 'saket pagi' ini akan pulih pada minggu ke 13 iaitu di 2nd trimester ye..
pada minggu ini, 'saket pagi' saya adalah sangat menjadi2 sehingga saya tidak mampu menyimpan makanan begitu lama apabila terpaksa mengeluarkannya semula bersama asid pekat dari dlm perot ye..dan tatkala en.suami jadi double 'saket pagi', beliau tidak dapat mengurangkan penderitaan ini.

jadi..dengan bermulanya puasa pada minggu ini, saya berharap dapat berpuasa dan 'saket pagi' saya akan meninggalkan saya.

'dear child, pls tahan lapar sebab mommy nak puasa'.

warm up!

smg sy berjaya mengarut di blog ini lagi..
c ya!
eid ramadhan al-mubarak!